Thursday, August 27, 2009

Demam + Sakitt

minggu ni mybe mggu aku demam n sakit sikit.. bila aku nk tdo jek.. suhu badan aku naik.. panas jek aku rasa tubuh aku ni.. knp yer.. adoi.. lemah segala tubuhku.. dan dh bberapa malam.. tahap penafasan ku makin ssh nk bnafas.. semput ku datang lagii.. hehehe (bak kata hubby teringat semput.. ingat keta yg nak semput) hampeh.. hehehe.. hubby dh byk kali ajak g HKL.. tp aku yg malas.. sbb lebih selesa dok uma tdo.. smlm balik jek kerja.. aku smpai uma dlm 5.10ptg.. terus aku merehatkan badan.. tdo seketika.. dgn ujan yg terlalu lebat.. hubby balik lmbt smlm.. ada urusan kerja yg harus di uruskan.. nsb ada mak leh tgk aku.. asalnyer lepas bbuka nk balik ampang.. dh nk 2 mggu x balik sana... rindu kat uma.. tp kesihatan diri x mgizinkan.. hope mlm ni leh balik sana.. aku rindu nak masak.. nk kemas uma.. waaaaaa ... hehehehhe

Monday, August 24, 2009

Puasa

Puasa tahun ni sangat berbeza dlm hidup aku hubby n family.. sebabnyer berpuasa sebagai seorang isteri n suami dan dlm family aku... thn ni masa bbuka.. penuh la meja.. hehehehe..syok... so 1st puasa thn ni sahur kat uma mak.. n bbuka kat uma kakak ipar aku.. so masa bbuka tu ramai gak yg ada.. kira majlis berbuka puasa belah suami aku.. so uma aku masa ari ke 2 ... leh dikatakan ada la semua.. cuma yg xde aga n ina.. coz 1st dh bbuka kat uma mak.. so turn kat uma kak ina lak.. so smlm mcm² jd dlm hidup aku.. ada suka ada duka.. k la..:) :( :).. selamat berbuka puasa :)

Thursday, August 20, 2009

Rajin ke ?

hehehehe.. semlm aku terlebih rajin la plak.. maklumlah kat uma mak... pas 1 kerja ke 1 kerja aku buat... hehehe.. akhirnyer aku puas hati.. dh lama aku tgalkan uma mak.. huhuhu.. bilik aku tu.. terlalu sgt aku rindu.. so aku pun smlm mjalankan tugas² harian aku.. so sblm maghrib semua dh settle.. hubby pun dh balik time 2.. sorii xde pic.. x ingt nk amik.. ala.. kemas bilik jek.. heheheh.. 2 pun aku nk citer eik.. ahaks.. so pas settle semua.. pas solat mghrib... hubby kena kuar semula atas urusan kerja.. so aku pun tumpang la g uma mertua aku. dh berapa ari aku x g sana.. coz hubby aku ni terlalu la sibuk nyerr.. so mlm td dpt la sngah sana.. jmpa family..syok gak.. coz ada baby baru.. hehehehe anak nasha.. biras aku..so pas borak ngan ayah n mak mertua aku.. hubby pun smpai... so mlm td smpai uma kul 12 lebih sikit.. layan tido.. zZZZzzzzzZzZzZZZ

Wednesday, August 19, 2009

pose... pose.. pose..

bz x la bz sgt.. tp xde mood nk update blog.. selamat menyambut ramadhan al-mubarak..
semoga ramadhan thn ini diberkati.. amin...

Monday, August 17, 2009

HaRi MaLaNgKu... :( :( :(

Tension nyer... x tau nk ckp.. ari ni aku wat kerja semua x kena.. dr 1 kerja ke kerja yg lain.. smpai la nk balik ni.. adoi... knp la tetiba terjadi semua ni ari ni .. tension beb.. ngan bos naik hangin.. ya allah. aku mohon padamu.. tenangkan hatiku.. ceriakan hatiku. berikan aku keberkatan hidup.. amin

Friday, August 14, 2009

SeTaHuN sUDaH bErLaLu

huhuh.. pejam celik.. pejam celik.. huhuhu genap ari ni setahun usia aku dan hubby.. cop.. usia perkenalan kami.. bkn couple tau.. ahaks. masa br nk mula berkenalan.. memcm soalan hubby aku tnya... adakah itu soalan² tuk meneruskan hbgan kami.. hahahha... aku pun x tau.. yg pasti.. semua ni dh berlalu setahun yg sudah.. masa aku kerja kat Bengkel Grill kat Tmn Melati..tq kat bos aku.. (byk bg line dlm hbgan ni) apa yang pasti hubby telah menjadi suami aku yg SAH.. amin.. hehehe bila di ingat dan dikenang bersama hubby.. rasa kelakar pun ada.. sepantas dan secepat mungkin hbgan kami terjalin.. hahaha.. aku pun x tau nk kata apa.. yang aku tau.. ALLAH telah menunjukkan kami 1 perhubungan dan jalan yg baik.. amin.. semoga hbgan kami terus kekal tuk selamanyer..

Minggu di rumah mak!!!!

hehehhe.. semenjak dh kawen ni .. jarang betul aku dpt tdo kat uma mak aku... huhuhu.. tp mggu ni dekat 5 ari tdo uma mak.. heheheh..bkn apa.. hubby sibuk kerja balik pun dh lewat sikit.. so terus la tdo uma mak.. hehehehe.. lg pun sng dia nk anta aku g kerja.. coz opis aku dekat dgn uma mak.. so pas anta aku dia pun terus ke pej dia.. heheheh .. dekat gak kat setiawangsa jek... :) :) :).. so ari ni balik uma ampang coz dh lama sgt tgalkan uma tu.. huhuhu.. cnfrm berhabuk gler.. hehehehe.. so besok pg mula la tugas aku nk mgemas uma lak.. sok hubby kerja.. tp xpe aku leh wat kerja kat uma sesorang then mybe ptg nk g uma mak balik.. coz nk smbut bday boy.. anak buah sulong aku.. then mlm lak ada tahlil kat sg buluh.. uma sepupu aku.. tp lom cnfrm g ke x.. hubby cam bz.. mybe ajak abg or abah kot..

Wednesday, August 12, 2009

15 HaRi MenCaRi CiNtA

Hanya dalam masa 15 hari untuk mendapatkan cinta? Bunyinya macam tidak logik tetapi ianya pasti tidak mustahil. Ini kerana ada pasangan yang jatuh cinta hanya melalui pandangan pertama. Namun bukan semua orang mampu untuk melakukannya.Bagi mereka yang masih tercari-cari pasangan untuk bercinta, apa kata anda lakukan cara mudah ini. Jika anda bernasib baik, anda mungkin akan berjaya menemui cinta sejati yang anda cari-cari selama ini.Namun jika tidak berkesan, jangan malu untuk terus berusaha kerana cinta sememangnya bukan mudah untuk dicari.
Hari Pertama
Sebagai permulaan, apa kata anda hulurkan salam perkenalan. Jangan malu kerana semua orang sukakan individu yang berterus terang dan mudah mesra dengan orang lain. Apa yang penting jangan keterlaluan menunjukkan rasa minat kepada dirinya. Nanti dia takut pula untuk berkawan dengan anda.
Anda juga perlu berusaha menyediakan suasana yang sihat agar dia sentiasa selesa apabila berada di sisi anda. Penampilan juga perlu dijaga kerana jika penampilan anda kurang menarik, sudah pasti si dia tidak akan memberikan respon kepada salam perkenalan yang anda hulurkan.Jika tidak berkesempatan berkenalan secara langsung, anda juga boleh tinggalkan nota kepadanya. Rancangkan satu aktiviti yang menarik agar si dia teruja dengan undangan tersebut. Jangan terlalu gelojoh untuk memikatnya. Buat seperti biasa tetapi memberi makna kepadanya.
Hari Kedua
Selepas salam perkenalan bersambut, apa kata ajak si dia menonton wayang bersama anda. Pilihlah cerita yang menjadi minatnya atau jika mahu lebih romantik, pilihlah cerita cinta yang mampu memberikan kesan kepada perhubungan yang baru sahaja terjalin.
Untuk lebih romantik, selesai menonton wayang pergilah bersiar-siar dengannya sambil berusaha untuk berkenalan dengan lebih rapat. Tetapi untuk permulaan lebih baik jangan tanya soalan yang bersifat terlalu peribadi agar dia terus selesa untuk berdampingan dengan anda.
Hari Ketiga
Sebagai kejutan, telefon si dia di awal pagi untuk membangunkannya daripada tidur. Si dia pasti tersentuh dengan usahamu itu dan ini memberikan petanda positif kepada hubungan yang terjalin. Jika si dia suka dengan apa yang anda lakukan, teruskannya dan jadikan perkara tersebut sebagai rutin anda yang baru.
Hari Keempat
Pada waktu makan tengahari, apa kata anda kirimkan SMS kepadanya dan ucapkan selamat menjamu selera. Jika dia suka dengan apa yang kamu lakukan, dia pasti akan tersenyum sebaik sahaja dia habis membaca SMS anda itu. Tidak ketinggalan cuba anda tunjukkan sikap ambil berat atau prihatin terhadapnya.Tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap seperti mengongkong pergerakannya. Jika anda melakukan seperti itu, si dia pasti akan menjauhkan diri daripada anda kerana tidak selesa dengan sikap keterlaluan yang kamu tunjukkan itu.
Hari Kelima
Jika anda ada melakukan perkara yang tidak disukainya, cuba hubunginya dan meminta maaf di atas keterlanjuran anda. Si dia pasti akan memaafkan anda jika anda ikhlas menyatakan kesilapan yang telah anda lakukan. Berjanjilah kepadanya bahawa anda tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan itu lagi.
Hari Keenam
Apabila anda sudah rasakan wujud keserasian di antara anda berdua, apa kata anda undang si dia ke rumah kamu. Selain untuk berkenalan dengan keluarga anda, ia juga menjadi bukti bahawa anda sememangnya serius untuk berkawan dengannya.Sebaik-baiknya anda menyediakan minuman atau makanan yang bakal dihidangkan kepadanya. Pasti dia akan tertarik dengan seseorang yang ringan tulang dan bijak melayan tetamu. Pastikan juga keluarga anda mesra dengannya agar dia tidak rasa terasing di rumah anda.
Hari Ketujuh
Selepas seminggu, rasanya ini saat paling sesuai untuk anda menghabiskan masa hujung minggu dengannya. Jika dia tidak bersedia untuk keluar berdua-duaan dengan anda, benarkan dia membawa rakan terdekat agar dia lebih selesa dan selamat.Apa yang penting jangan terlalu mendesaknya kerana perkara tersebut hanya akan memberikan kesan negatif kepada hubungan yang terjalin.Jika dia belum bersedia untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan anda dan mahu bersama rakan-rakannya, berikan dia keizinan. Tunjukkan rasa prihatin dengan menghubungi dan bertanya khabarnya dan rakan-rakannya.
Hari Kelapan
Jika mempunyai kelapangan, ajaknya si dia keluar membeli-belah. Dalam masa yang sama, cuba anda cungkil rahsia mengenai dirinya. Apa pakaian kegemaran atau impian masa depannya. Jika anda telah mengetahuinya, pasti mudah untuk anda memasang strategi yang seterusnya.
Hari Kesembilan
Selepas lebih seminggu anda menunjukkan rasa prihatin terhadapnya, apa kata pada hari ini kamu abaikannya. Jangan sekali-kali menghubunginya termasuklah bertanya khabar akan dirinya. Jika si dia rasa dia memerlukan atau mengingati anda, dia pasti akan menghubungi anda.Tetapi jika si dia terus mendiamkan diri, itu tidak bermakna dia melupakan anda sebaliknya mengambil sikap selamat kerana tidak mahu dituduh sebagai perigi mencari timba. Ketika ini anda perlu sentiasa berfikiran positif.
Hari Kesepuluh
Jika si dia tetap mendiamkan diri seribu bahasa, anda cuba menghubunginya dengan mengirimkan SMS yang menyatakan rasa rindu anda kepadanya.Jika si dia membalasnya, itu membuktikan anda masih berpeluang untuk mendekatinya. Namun jika si dia terus mendiamkan diri, lebih baik anda bersedia untuk mengundurkan diri atau mencari sasaran baru yang lebih sesuai.
Hari Kesebelas
Jika si dia memberikan respon, apa kata kamu menghubunginya. Kalau boleh habiskan sepanjang malam dengan berbual tentang pelbagai topik yang disukainya. Apabila sudah sampai ke tahap ini, anda perlu berani untuk berterus terang dengannya. Anda juga perlu bersedia dengan respon yang bakal diberikannya kelak.
Hari Kedua Belas
Cuba anda menjarakkan diri dengannya buat beberapa hari. Tetapi masih terus menghubunginya melalui SMS. Untuk lebih romantik, apa kata anda hasilkan kad sendiri sebagai kejutan kepadanya apabila anda bertemu dengannya kelak.Hasilkan kad yang kreatif serta selitkan juga kata-kata yang melambangkan perasaan anda terhadapnya. Jika si dia benar-benar menyukai anda, dia pastinya akan teruja dan terharu dengan pemberian yang tidak disangka-sangka itu.Lebih baik jika kad comel itu disertakan sekali dengan sejambak bunga atau segugus coklat kegemarannya.
Hari Ketiga Belas
Sebelum memberikan kad tersebut, apa kata anda aturkan sebuah makan malam yang romantis untuk anda berdua. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana ini masih di peringkat awal hubungan anda berdua. Lakukannya secara ringkas tetapi mampu memberikan kesan kepadanya.Lebih baik jika makan malam itu turut diiringi dengan muzik kegemarannya. Apabila di dia benar-benar selesa, serahkan kad kreatif ciptaan anda itu beserta bunga kepadanya. Lihat reaksinya dan jika dia menitiskan air mata kegembiraan, itu bermakna anda telah berjaya meraih cintanya. Namun anda jangan terburu-buru selagi tidak mendengar pengakuan cinta daripadanya.
Hari Keempat Belas
Ini merupakan hari yang paling penting dalam hidup anda. Anda bakal mengetahui sama ada rancangan yang anda atur selama ini berjaya atau tidak. Kawal diri anda supaya tidak kelihatan gelisah di hadapannya. Apa yang penting kamu berani dan telah bersedia mendengar apa sahaja keputusan yang akan diberikan oleh si dia.
Hari Kelima Belas
Anda telah mendapat jawapannya. Jika jawapannya menggembirakan anda, raikan cinta yang baru terbit itu dengan satu acara yang tidak akan anda berdua lupakan sampai bila-bila.Namun jika percarian cinta anda masih gagal, jangan sekali-kali berputus asa. Percayalah bunga bukan sekuntum dan kumbang pula tidak seekor. Sudah pasti akan ada insan lain di luar sana yang akan menghiasi ruang hati anda. Apa yang paling penting, jangan serik untuk cuba mencari cinta.
p/s : pada aku n hubby .. cinta x perlu dicari.. dan mecari.. cinta kan dtg dan hadir bila ia ada dlm diri sendiri.. maka dgn sendirinya.. cinta bersatu ... yup 15 hari.. :) ... thanks dear..

Tuesday, August 11, 2009

yg Indah

dah lama x tdo uma mak.. so smlm aku tdo uma mak.. mcm biasa aku lik kerja (hubby jemput) then terus kerumah mak hubby. aku singgah jap (trasa rindu kat mak mertua aku.. ) mcm la aku dh lama x jmpa .. hehehe.. so dlm 6lbh sikit aku n hubby gerak balik.. tp- x balik uma.. hehehe kami jejln g giant (Batu Caves) ada cari brg sikit... masa jejln tu.. trasa mcm tgh bcnta lak.. trasa g dating mcm masa bcnta sblm ni.. hehehe...(now pun masih sdg bcnta ok) bak kata hubby ... jgn abiskan rindu... hhuhuhu... rindu kamuuu.... so smpai uma mlm .. layan borak dgn mak jap.. layan bebdk kecik ni .. then terus la aku kemaskan bilik aku tu.. huhuhu.. leh tahan habuknyerrr.. so pas sttle semua.. aku pun tdo... end..
hehehe.. so awal pg td bangkit.. mcm biasa la siapakan sarapan.. tp ari ni pg td bgn aku kat uma mak.. so mak lak dh siapkn rencah tuk mee goreng.. so aku pun masak la mee sbgai sarapan pg ni .. kak lang lak goreng nasi.. coz abg aku no3 mmg suka mkn nasi greng time pg.. sedap² huhuh... hubby ckp mee aku tu.. hahaha siap mkn btambah lg.. ahaks.... then siap g kerja.. end

GeRaM + bOsaN

adoi ari ni bosanyer aku tahap xdpt dibendung lg... huhuhu.. mcm² kerenah client kat opis ni ... ari ni aku terasa yg amat sgt tension... huhuhu.. gerammmmmmmm... dr pg td ada jek client wat aku geram ari ni ... huhuhu... adoi... dh ke ptg ni pun.. ada jek client wat aku geramm... hmmm agaknyer ari ni ari aku geramm n bosann kot.. adoi... tekanan rasanyerrr.. knp la client ni x faham bahasa eik.. adoi... ilng mood aku ni ...

Monday, August 10, 2009

AmPanG kE GoMBaK kE DeNGkiL kE PuTraJaYa!!!!


cahaya cinta

smile sokmo

sempat gak tu.. jem ni kat ampang
kekekekekke

smile

relaks je hubby bw keta

posing sakan... dlm keta ondway nk lik uma mak

sipi jek nmpk muka aku.. pun jd la.. coz mak aku x suka sgt bgmbr

hubby aku suka sgt pokok tu.. leh wat pagar katanyer

sempat gak ni...

bestnyerr rasa


candid...

Hujung mggu yg lepas ari sabtu.. plan asal nk dok uma jek.. mak aku tetiba je ajak hubby aku g uma nenek aku kat dengkil..nk anta brg² masa kenduri ari tu.. so ptg dlm kul 2 aku br gerak dr ampang nk ke kg padang balang ( aku lik kg wei.. hehehhehehe) so mcm biasa la MRR2 jem sikit time tghri ni.. agaknyer semua nk lik kg kot.. ahaks.. so smpai uma mak.. aku n hubby mgisi perut yg sememangnyer dh lapar tahap gaban.. mana x nyer dh dekat kul 2.30 x mkn lg.. perut kami pun dh bkeroncong .. hehehehe.. so pas mkn.. kami pun btolak ke Dengkil.. lalu putrajaya.. sebab rasa ikut sana dekat... so we all pun btolak kul 3lbh.. smpai sana kul 4lbh sikit.. ok la x la jem mana.. so smpai uma nenek.. mcm biasa chit chat smbil tgk pic kawen aku.. aku pun bukak la citer pasal flora... dr uma dh plan nk ajak hubby g putrajaya.. hehehehe.. sib baik hubby aku sporting gler... hehehehe.. so dlm kul 6 mcm tu.. we all gerak g putrajaya.. x jauh pun dr uma nenek.. so smpai sana .. mak aiii. ramainyerrr org.. so layan la eik.. pic x clear sgt.. coz camera hp kabur la..

ensem x ? ahaks

cun x ? ahakks

mak n iskandar..

adoi.. rindunyerrr

hehehhe.. adoi rindunyer aku kat mak aku ni... ngan hubby pun rindu.. hmmm.. ari ni nk balik uma mak.. aku rasa tersangat la rindu kat bilik aku tu.. hehehehe :).. jgn mrh eik hubbyku.. mak x tau aku nk tido uma mak mlm ni ... tu pun plan tgh mlm td ngan hubby.. sib baik hubby ku setuju.. hehehehe.. pepg lak mak dh call pesan lik uma jap ptg ni.. mak msk special.. ada kenalan along dr indonesia nk dtg.. so ada la mkn² mak masak... rindu makkkkk.. hahahah mcm la berbulan x jmpa mak aku tu.. sbtu lepas br aku jmpa mak.. hehehehe.. anak mak n abah aku ni .. biasa la..

Holiday in Melaka !!!! Bidara Puteri Beach Resort MeLaKa!!!

hujung bln yg lepas aku n hubby plan nk p Melaka.. sajer stay kat hotel yg along kerja.. memandangkan along aku pun xde kat sini travel in indonesia.. so aku pun plan g la melaka.. plan asal g berdua.. tp aku rasa lau g ngan adik² pun ok gak.. so aku pun ajak la 22 adik aku n hubby.. bkn apa.. dorang pun mmg dh sebaya.. n aku pun nk la hbgan dorang ni rapat lau boleh.. sbb leh la dorang ni berkawn... senang sesama perempuan... so oleh krn mak hubby xde wat apa² mggu tu.. aku pun ajak la sekali g melaka tu... plan mmg nk g... tp sebab lom gaji... hati ni mcm x best je aku nk g.. huhuhu... tp aku gaji gak ptg tu... huhu.. ditambah lak ada client bg duit.. kira rezeki la tu kn.. rezeki ptg jumaat.. :) hubby aku lau time office hour jarang call aku... sebab prihatin kot.. aku jek rajin kacau dia.. hehehehe... habit aku kot.. saper lg aku nk kacau lau x kacau dia kn.. syg.. hahahah... so ptg tu aku terima pagilan telefon dr hubby g tau kereta lak pblem.. alahai masa tu hati ni ...x tau nk ckp mcm ne sedihnyerrrr... agaknyer x jd g la ni... coz keta aku kecik jek.. mana muat nk jalan jauh la reramai.. so aku pun call la abg n akak ipar aku.. tnya kereta... jeng .. jeng.. huhhuu dapat gak kereta adik hubby.. myvi.. mlm tu kul 12 lebih br sampai.. cam salah jln jek ni.. heheheheheh..tp smpai gak akhirnya.. so masa kat sana g mndi jejln kat pantai.. lik kg mak aku kat (kuala sg baru) singgah share pic kawen.. singgah uma nenek kat kg aku tu.. so best gak.. sesekali lik kg.. n g bercuti.. hehehehhe...
so kat bwh ni aku ada share pic masa kat sana.. tp x semua la...
p/s : plan asal nk g uma nek chu kat dengkil dulu.. sebelum gerak g melaka tu.. tp sebab keta dh rosak.. lmbt la smpai.. terus x sempat g dengkil... sorii nek.. :)




sweet


me mak hubby

keluarga baruku .. n adik perempuanku..



apa tu...

apakah terjadi kpd ikan ini ..


me n misra asthana


me n albaniah


aik... merenung masa depan ke dik.. jauh menung..


huhuhuh



with love

tiga dara pingitan desa.. ops.. hahahhaha

... model hp :) tesenyum hubby aku!!!

haus giler... hahahah..


makan time... penuh sopan dan santun.. ahaks..

aku n hubby.. black n white
adik, mak, me adik
depan bidara puteri beach resort


kat pantai puteri -hari ke3

Wednesday, August 5, 2009

2 bulan berlalu!!!

aku punya kamu!!!!

kekwn masa form 4-5 .. tq coz dtg

adik beradikku!!! a.aga xde dlm pic..

belah hubby

ina, nurul, busu,nekcu, uchu ina,

family aku
senyum!!!

idaman kalbu

ungu pilihan kami

dulu kini dan selamanya bersama

aku milik kamu

ari ni genap la 2 bulan aku dlm dunia baru !!!! ada hadiah tuk kami ari ni.. hehhehe.. aku n hubby kena jadikan ia jd kngan terindah dlm hdp kami.. kekeke.. nnt ada masa bila hubby aku dh siapkan aku tunjuk k.. hehehehe... so ari ni mcm biasa la... jadual harian aku.. kerja.. balik masak.. tdo.. huhu.. nk masak apa la ari ni kn.. blur jek rasa tiap kali nk masak.. xde menu dlm kepala... huhuhu.. ckp bab hadiah ni .. hubby aku pun x tau.. hadiah apa ni .. kekekeke... so suprise.. hehehehhe... hmmm smlm aku dh amik cd kawen aku kat abg kameraman aku dulu (abg zaini..) aku rasa dia the best la... huhuhu.. friendly sgt.. aku load k pic kawen aku.. huhhu.. x byk citer la ... nnt aku share pic aku g melaka.. tmpt along aku kerja.. smbil tu sesaper nk g bercuti area melaka.. leh la g ... huhuhu... so aku load pic kawen sikit... nnt aku load pic g melaka lak...